Pencarian Perawat Berpantang @ Confinement Lady
Assalamualaikum..
Minggu ni dah masuk minggu ke 27 untuk kehamilan kali ketiga. Untuk berpantang kali ni, saya bercadang nak berpantang di rumah sendiri sahaja memandangkan anak sulung sudah pun masuk darjah satu. Kedua ibu bapa dan mertua pun sudah berumur dan untuk tidak merumitkan urusan mereka, saya pilih untuk berpantang di rumah sendiri.
Oleh itu, saya telah mulakan pencarian untuk confinement lady semasa berpantang nanti. Masa hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi. Kebanyakan perawat pantang @ Confinement lady (CL) mempunyai jadual yang padat. Untuk memastikan saya mendapat CL yang bagus dengan harga terbaik, saya perlu melakukan tempahan awal.
Terdapat pelbagai jenis rawatan yang ada di pasaran. Saya ingin mencari CL yang ada servis urut, bertungku, tangas, mandi herba, pemakaian bengkung dan juga pilis/tapel.
Untuk pengalaman anak pertama, saya tidak mengambil mana-mana CL. Hanya upah tukang urut untuk tiga hari sahaja. Almaklumlah, tiada pengalaman dan juga tiada pendedahan tentang amalan berpantang. Walaubagaimanapun, saya juga memakai bengkung dan bertungku setiap hari. Semuanya disediakan oleh ibu saya. Pengalaman anak pertama, saya mengambil masa lebih dua minggu untuk rasa lebih segar dan bertenaga. Mungkin juga kerana proses bersalin secara pembedahan yang membuatkan badan lambat untuk pulih.
Untuk anak kedua pula, saya telah mengupah seorang CL di Melaka selama 7 hari. CL tersebut telah menyediakan air mandian dari daun-daun terpilih, bertungku, urut, sapuan pilis dan tapel, memakaikan bengkung, tangas, urut sengkak dan juga urut penutup pantang. Selama 7 hari tersebut, saya berasa sangat tenang, segar dan sangat berpuas hati.
Untuk kehamilan ketiga ini saya telah melakukan survey di blog dan juga di facebook. Terdapat pelbagai jenis CL. Saya telah shortlist beberapa CL yang menarik bagi pendapat saya.
Akhirnya, saya telah memilih Malika Confinement untuk pakej Tulip (14 hari). Hopefully pengalaman berpantang kali ini akan lebih menyeronokkan insyaAllah.. Wait for my review!!
Senarai pakej yang ditawarkan oleh Malika Confinemet

Comments
Post a Comment